BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 4, 2011

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

Friday, July 1, 2011






Telah 21 tahun memerintah Kelantan...... baru hari ini menyatakan bahawa PILIHANRAYA tidak bersih.... Hanya sekadar mendengar cakap Ambiga..... Kenapa harus berarak di Kuala Lumpur .... Tidak di Negeri Kelantan. Adakah memamng puak-puak ini suka memperondak perandakan suasana, kacau bilau, huru-hara ... untuk cari populariti atau ini kah KEBAJIKAN seumpama ini yang perlu diperkenalkan.... Fikir-Fikirlah wahai Rakyat sekelian..... terutamanya umat Islam Melayu...

Thursday, April 7, 2011

SEBUT sahaja Felda Lyndon B. Johnson atau LBJ, pasti ramai yang masih ingat kisah 504 orang bekas penerokanya yang menjadi ‘jutawan segera’ pada 1996.

Tanpa disangka-sangka, para peneroka di tanah rancangan Felda yang pernah dilawati Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson pada 1966 itu, menerima antara RM1.2 juta dan RM2 juta.

Ini berikutan pembelian tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kebajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Seluruh negara menyaksikan di kaca televisyen atau dada akhbar, gambar mereka menerima cek hasil penjualan tersebut pada 18 Oktober 1999.

Daripada 504 peneroka, 164 orang India, 78 orang Cina dan selebihnya Melayu.

Ekoran itu, serta-merta perkampungan LBJ bertukar wajah. Di bawah pokok-pokok kelapa sawit berdekatan kampung mereka dipenuh dereta kereta mewah yang dibawa oleh penjual dari Kuala Lumpur, Seremban atau negeri lain.

Selang beberapa bulan, rumah-rumah kayu kediaman telah hilang daripada pemandangan. Rumah-rumah banglo mewah dibina tersergam seperti cendawan tumbuh selepas hujan, menjadikan Kampung LBJ tidak ubah seperti penempatan elit seperti di Damansara Height, Kuala Lumpur.



Monday, January 10, 2011

APA DAH JADI DENGAN PELAJAR KITA ... CERDIK TAPI TAK PANDAI MENGGUNAKAN AKAL....

Sikap pelajar ‘kepala batu’


Beberapa pelajar menunggang dan membonceng motosikal tanpa topi keledar berhampiran sekolah mereka di ibu kota, baru-baru ini. – utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


SESI persekolahan telah bermula kira-kira seminggu lalu. Pelbagai langkah dilakukan kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun di sebalik usaha yang bersungguh-sungguh itu, masih ada perkara penting yang seolah-olah ‘terlepas pandang’ atau tidak diberi perhatian sewajarnya.

Ia berkaitan dengan ‘sikap buruk’ pelajar yang bukan sahaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar tetapi juga membawanya dengan cara berbahaya ketika ke sekolah.

Lebih membimbangkan apabila tiada tanda-tanda langsung menunjukkan mereka sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya mengundang maut.

Wartawan unit khas Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH, MOHD. AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID yang melakukan tinjauan pada penghujung sesi persekolahan hampir dua bulan lalu mendapati situasi itu seakan menjadi perkara biasa di kawasan sekolah.

Malah, tinjauan pada sesi persekolahan yang baru dibuka baru-baru ini bersama jurugambar NOORADZRENE MOHD. NOOR juga mendapati perkara itu masih berterusan.

Paling mengecewakan apabila terdapat ibu bapa dan penjaga para pelajar sendiri yang turut bersikap demikian.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak mereka terdedah kepada bahaya, malah apa pula peranan pihak sekolah bagi membendung perkara ini?

Selain itu, di manakah pihak berkuasa? Atau mungkinkah pelajar-pelajar ini memang ‘keras kepala’ atau tidak ‘makan saman’?

Apa juga alasan, tidak memakai topi keledar merupakan satu kesalahan. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang sebaliknya turut membabitkan nyawa. Justeru, pihak berwajib harus memandang serius isu ini sebelum lebih ramai terkorban ketika ke sekolah. Jangan sampai laluan ke sekolah kelak menjadi ‘laluan kematian'.

Komentar Suarabangsa:

Pendidikan dari rumah , iaitu dari ibubapa sendiri. Sepatutnya ibubapa perlu menegur anak-anak tentang keselamatan di jalanraya. Jangan dibiarkan begitu aje.

Kalau dah berlaku kemalangan ... mulalah ibubapa menunding jari menyalahkan orang lain... mulalah nak saman sana... nak saman sini... BERINGAT SEBELUM KEMALANGAN BERLAKU... SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.....

SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA... KESELAMATAN DIRI SENDIRI PUN ORANG LAIN NAK JAGA....

Wednesday, January 5, 2011

TAHNIAH........... JANGAN LEMAH SEMANGAT ... ITU SEMUA AGENDA UNTUK MENGHAPUSKAN MELAYU YANG BIJAKSANA.

Khusrin lawat pejabat daerah minggu depan

SHAH ALAM 4 Jan. - Walaupun pelantikannya belum 'direstui' Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Beliau yang baru dua hari memegang jawatan itu berkata, selain menyemak dokumen, beliau juga melawat ke Pejabat Daerah Petaling yang baru di Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

"Seperti biasa saya masuk ke pejabat awal pagi dan membuat tugasan saya, kemudian pergi melawat Pejabat Daerah Petaling, petang saya berada di pejabat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau akan memulakan lawatan rasmi ke daerah-daerah di negeri ini pada minggu depan.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bagaimanapun belum memutuskan daerah pertama yang akan dilawatinya.

"Saya akan memulakan lawatan rasmi untuk menemui pegawai-pegawai dan kakitangan di daerah tetapi belum tahu daerah mana yang akan saya pergi dulu," kata beliau.

Pelantikan Mohammed Khusrin menimbulkan kontroversi kerana tidak dipersetujui oleh Kerajaan PKR Selangor.

Mohammed Khusrin pada sidang akhbar semalam memberitahu, beliau tetap akan menjalankan tugas seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai pihak tertentu.

Malah, beliau juga akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini yang dijadualkan Khamis ini.

Beliau juga menganggap pertikaian yang dicetuskan oleh pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor.

Bagaimanapun, tegasnya, situasi itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.


SUARA BANGSA -

BIARLAH KITA SEMUA BERFIKIRAN WARAS DAN TERBUKA .... DAH SAH DAH KHUSRIN TU LAYAK, MAMPU ..... BERKEBOLEHAN DAN DIIKTIRAF OLEH JPA.... APA YANG MENJADI MASALAH DI SELANGOR NI.... SUDAH-SUDAHLAH TU.... JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT... YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....