BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 24, 2010

KAWAN SAYA KATA ..........

GERAKAN PENGHAPUSAN PENGARUH INDIA DALAM PKR


TERANCAM DAN MERBAHAYA?........


Dalam diam Anwar menyusun strategi menghapus pengaruh kaum India yang dilihat semain mengancam kestabilan PKR. Dalam beberapa siri protes pemilihan babaru - baru ini, anwar melihat Kaum India banyak menimbulkan masalah, bukan mereka sekadar tidak berpuas hati dengan parti PKR malah mereka sanggup menggunakan media terutama TV3 untuk meluahkan kepincangan yang berlaku, sedangkan masalah itu bersifat dalaman yang boleh diselesaikan oleh parti.


Anwar melihat Kaum India memberi ancaman besar kepada PKR, Gangster yang dididik oleh Anwar untuk Reformasi telah memakan diri Anwar. Nampaknya Gangster ini cuba digunakan didalam PKR untuk mengugut dan membuat kacau terhadap pemimpin PKR.


Kaum India dalam PKR memang amat tidak berpuas hati dengan Anwar kerana Penasihat Parti itu berat sebelah dan mengutamakan pemimpin Melayu untuk menerajui parti. Tiada seorang pun pemimpin PKR dari kalangan India yang ditunjuk oleh Anwar untuk diletakkan sebagai pemimpin utama PKR.


Anwar sedar Kaum India dalam PKR telah menyusun gerakan untuk meletakkan beberapa orang pemimpin India dalam semua peringkat termasuk beberapa jawatan utama untuk mengimbangi kepimpinan Melayu dan Cina.


Mereka juga telah menyediakan senarai calon - calon untuk mewakili kaum India dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mereka akan mengugut Anwar supaya menerima senarai cadangan ini sekiranya Anwar mahukan sokonngan Kaum India.


Mereka juga menggunakan Isu peribadi yang dibekalkan oleh Karpal Singh untuk menggugut Anwar. Kaum India mendakwa bahawa Karpal Singh lah yang banyak menyimpan rahsia sulit dan cerita -cerita disebalik kes liwat.


Dalam diam juga Karpal Singh sedikit sebanyak telah mengunakan rahsia Anwar ini supaya mendokong perjuangan DAP, Sebab itu kita melihat Anwar hilang punca dalam keadaan begini, terpaksa menerima segala cadangan usul dan kenyataan yang dibuat oleh DAP walaupun isu itu boleh menyentuh sensitivit perkauman.


Hasil dari tindakan Kaum India yang terlalu provokasi dan bersikap liar serta ganas dalam parti, Anwar bersama kepimpinan Tinggi PKR secara sulit telah mengatur perancangan untuk mengecilkan saidan peranan Kaum India Dalam PKR. beberapa langkah berjaga - jaga telah dibuat termasuk menyemak semula keahlian PKR dan jawatan - jawatan tertentu dalam parti secara halus.


Anwar juga bimbang sekiranya kaum India mendominasikan PKR, Anwar tidak mahu parti ini dicemar dengan gelagat kotor yang memalukan PKR. Anwar juga sedar bahawa parti berbilang bangsa ini menimbulkan masalah. Susah untuk dipimpin dan sukar untuk menyedarkan ahli parti supaya bersifat berhemah dalam berpolitik.


Apa pun pengaruh dan kuasa Kaum India perlu dihadkan tanpa diketahui oleh mereka. Sebelum PKR menjadi parah dan menjadi barah oleh Kaum India ini, tindakan awal perlu diambil untuk memulihkan semula wajah parti yang telah tercemar oleh perbuatan kaum ini.

BAGUS BETUL PAK MENTERI MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI SUKAN MALAYSIA.

Alex dapat imbuhan RM128,000


Ahmad Shabery Cheek menyampaikan cek RM100,000 kepada Nicol David pada majlis Kesyukuran dan Penyampaian Shakam di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Pemain boling senior negara, Alex Liew menjadi penerima terbesar Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) ekoran kejayaannya memenangi tiga pingat pada Sukan Asia Guangzhou, bulan lalu.

Alex, 34, menerima imbuhan RM128,000, bagi dua pingat emas yang disumbangkan dalam acara all event lelaki dan lima sepasukan, serta perak bagi acara beregu lelaki, yang dimenanginya bersama Andrian Ang.

Selain Alex, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tersenarai sebagai penerima tertinggi skim terbabit dengan jumlah RM100,000, hasil kejayaan mengutip dua emas, masing-masing dalam acara perseorangan dan berpasukan wanita.

Seorang lagi pemain skuasy, Mohamad Azlan Iskandar juga berada di senarai penerima tertinggi Shakam, dengan jumlah RM90,000, bagi satu emas dan perak.

Skuad skuasy menjadi penerima terbesar skim itu dengan jumlah RM320,000, apabila kesemua lapan atlet yang beraksi di Guangzhou, tidak menghampakan negara dengan kutipan pingat.

Pasukan hoki lelaki yang membuat kejutan melangkah ke final pula mendahului senarai penerima terbesar bagi atlet berpasukan, apabila 16 pemain mereka berkongsi RM128,000.

Atlet emas lain yang menerima RM80,000 adalah jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang, atlet karate, Ku Jin Keat dan R.Puvaneswaran serta atlet wushu, Chai Fong Ying.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyempurnakan penyerahan kepada hampir kesemua pemenang pingat Sukan Asia menyifatkan, tahun 2010 adalah tahun paling cemerlang sukan Malaysia.

"Setelah cemerlang pada Sukan Olimpik Remaja, Sukan Komanwel, tahun ini kita juga meraih kejayaan besar dalam Sukan Asia serta Sukan Para Asia, yang berakhir baru-baru ini.

"Saya sifatkan 2010 tahun paling cemerlang sukan negara dan berharap ia berterusan untuk tahun-tahun akan datang serta Sukan Olimpik 2012 nanti," katanya.

Sebanyak sebanyak 78 atlet (11 emas, 55 perak, 21 gangsa) menerima bayaran Shakam dengan jumlah keseluruhan RM1.8 juta.

Tambah Shabery, atlet cemerlang dalam kejohanan antarabangsa, tetap akan menerima ganjaran yang sepatutnya.

"Tidak ada kompromi bagi mereka yang cemerlang dalam mana-mana kejohanan untuk menerima ganjaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN)," ujarnya.

Mengulas tentang tahun 2011 yang tidak mempunyai banyak kejohanan besar, Shabery menyifatkan ia bukan alasan atlet negara tidak beraksi baik, memandangkan setiap tahun banyak kejohanan dunia yang lain.

"Kita mempunyai kejohanan bertaraf dunia dan kita mahu mereka pamer kehebatan juga, lagipun Sukan SEA akan diadakan November depan.

"Kecemerlangan tahun ini hasil dari program cabaran 2010 yang dimulakan 2006 lagi dan tahun ini, kita mulakan cabaran 2014 pula," jelasnya

JASA DAN PERJUANGAN MU TETAP DIKENANG ......... ALFATIHAH.

Jenazah dikebumi dengan penghormatan negara


Toh Puan Zakiah Ahmad menyiram air mawar di pusara Ibrahim Ismail di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Jenazah bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail dikebumikan pada kira-kira pukul 5 petang di Makam Pahlawan di sini dengan penuh penghormatan negara.

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibalut dengan Jalur Gemilang dibawa dari kediamannya di Villa Sang Suria, Jalan Mesra Off Jalan Damai di sini ke Masjid Negara dan ditempatkan di Dewan Syarahan Utama pada pukul 3 petang bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Lebih 300 sanak saudara, kenalan dan kenamaan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara.

Antara dif kehormat ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta beberapa orang bekas menteri Kabinet.

Jenazah Allahyarham kemudian diusung perlahan-lahan oleh anggota tentera dari ketiga-tiga cabang Laut, Udara dan Darat ke Dewan Solat Utama sejurus sebelum solat Asar untuk upacara solat jenazah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Setelah selesai, jenazah diusung perlahan-lahan ke Makam Pahlawan untuk upacara pengkebumian.

Turut menyaksikan upacara pengkebumian ialah Najib; isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Abdullah serta isteri Allahyarham, Toh Puan Zakiah Ahmad, 78, serta anak-anaknya.

Allahyarham mempunyai empat anak berusia 52 hingga 60 tahun, 13 cucu dan empat cicit.

Suasana pilu menyelubungi Makam Pahlawan ketika bacaan talkin disempurnakan oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Brigedier Jeneral, Kamarudin Mamat.

Ibrahim, 88, yang dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju kerana sakit tua sejak tiga bulan lalu meninggal dunia kira-kira pukul 4.40 pagi hari ini.

Anak kelahiran Johor Baharu ini yang asalnya merupakan Pegawai Kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor merupakan Panglima Angkatan Tentera yang kelima bermula 1970

CARA MUDAH MAKAN DIRI..............

Nahas: 14 guni ketum dirampas

SETIU 23 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai pengedar daun ketum bukan sahaja terbabit dalam kemalangan, malah dia turut ditahan oleh polis.

Suspek yang berusia 37 tahun ditangkap ketika cuba menyembunyikan daun ketum di dalam semak selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Langkap dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, suspek ditahan bersama 14 guni daun ketum seberat 72 kilogram bernilai RM3,000 selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam parit.

Ketua Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah, Asisten Supritendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, kereta yang dipandu suspek yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu dikatakan hilang kawalan ketika hujan menyebabkan ia terbabas.

Bagaimanapun, selepas kemalangan itu, suspek terlebih dahulu mengeluarkan daun ketum dari kenderaan dan menyembunyikannya dalam kawasan semak berdekatan.

"Namun, hasil maklumat orang ramai, selepas enam anggota polis dari Balai Polis Sungai Tong membuat pemeriksaan di sekitar kawasan itu, mereka menemui lelaki terbabit bersama 14 guni daun ketum yang berada kira-kira 80 meter dari kawasan kemalangan.

"Hasil soal siasat, lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan ketika kemalangan berkenaan berlaku. Jadi, dia sempat memunggah guni-guni berkenaan untuk disorokkan.

"Kita percaya daun ketum yang belum diproses ini diperoleh dari Kedah untuk dijual kepada pengedar di daerah ini pada harga RM30 sekilogram," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sungai Tong dekat sini hari ini.

Beliau berkata, suspek itu ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952

ARTIS KITA BIARLAH HEBAT DUNIA DAN AKHIRAT JUA HENDAKNYA................


ARKIB : 23/12/2010

Saingan hebat Aktor, Aktres Terbaik


FAZURA dan Maya Karin mempunyai peluang sama rata untuk dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Terbaik.


ANUGERAH Skrin 2010 (ASK2010) akan membuka tirainya malam esok (24 Disember). Pasti kini pemerhati dan peminat dunia hiburan tanah air sudah mula meneka serta membuat ramalan siapakah bakal diiktiraf sebagai yang terbaik sekali gus mencatat sejarah baru ASK.

Memang tidak dinafikan, 25 buah filem yang layak bertanding dalam ASK2010 semuanya memiliki kehebatan yang tersendiri dalam memikat hati juri.

Malah, ada juga sebahagian daripada filem-filem itu pernah diiktiraf di Festival Filem Malaysia (FFM) dan adakah karya mereka itu akan dijulang sekali lagi di pentas yang berbeza pula?

Itulah persoalan yang bermain di minda ramai pihak ketika ini. Lebih-lebih lagi, ada juga beberapa nama ‘panas’ yang dilihat berpotensi untuk dicalonkan.

Adakah kontroversi akan tercatat dalam ASK2010? Atau mungkin akan ada kejutan yang pasti membuatkan ramai pihak akan melopong mulut kelak?

Semuanya terletak kepada kebijaksanaan panel juri bertauliah yang dilantik untuk memilih pemenang berdasarkan kecemerlangan persembahan para pelakon dalam setiap filem yang dipertandingkan.

Kategori Pelakon Lelaki Filem Terbaik untuk tahun ini memang tidak dapat disangkal lagi akan memberikan saingan yang cukup hebat.

Dua aktor handalan negara, Afdlin Shauki dan Bront Palarae dilihat sebagai calon utama yang akan memeningkan kepala juri untuk memilih salah satunya sebagai pemenang.

Seperti yang diketahui, Afdlin dan Bront masing-masing merupakan pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM22 dan FFM23.

Kerana itu, ramai yang mahu melihat sama ada kedua-dua mereka mampu mencipta kejayaan berganda daripada filem lakonan mereka iaitu Papadom dan Belukar.

Dalam sejarah ASK, Afdlin bukanlah nama baru kerana sebelum ini dia pernah memenangi Pelakon Lelaki Filem Terbaik menerusi filem Buli pada tahun 2005.

Siapa tahu, selepas lima tahun, Afdlin akan kembali merangkul gelaran itu sementelah lakonannya dalam Papadom cukup cemerlang.

Penghayatan dan emosi Afdlin sebagai Saadom, seorang bapa yang mengawal ketat pergerakan anaknya telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.

Kalau Afdlin tewas di tangan Bront sekali pun, itu bukan satu masalah kerana Afdlin sudah membuktikan dia bukan calang-calang pelakon.

Kebarangkalian Bront untuk mengulangi kejayaannya di FFM23 memang besar. Seandainya trofi idaman ramai itu menjadi miliknya malam esok, tidaklah perlu dipertikaikan kerana dia memang layak memenanginya.

Kalau ASK2010 mahukan kejutan, nama-nama seperti Aaron Aziz, Farid Kamil dan Brian Goh akan menjadi pilihan mereka untuk diangkat sebagai pemenang.

Aaron memang cukup menyerlah dalam filem Evolusi KL Drift 2 dan peluang untuk dia menang juga adalah cerah.

Begitu juga dengan Farid yang membawakan watak Kasyah dalam filem Lagenda Budak Setan yang banyak bermain dengan emosi serta mainan dalaman.

Biarpun filem Muallaf adalah filem pertamanya, lakonan bersahaja Brian tetap dipuji. Bakat yang digilap oleh mentornya, Allahyarham Yasmin Ahmad telah membuka mata ramai pihak akan kebolehan lakonannya.

Seorang lagi aktor, Esma Danial juga tidak wajar dipandang enteng. Siapa tahu lakonannya dalam filem Santau akan memberikannya tuah selepas lebih dua dekad bergelar seorang pelakon.

Jika Pelakon Lelaki Filem Terbaik dilihat mampu mencabar kredibiliti juri dalam memilih pemenang yang selayaknya, kategori Pelakon Wanita Filem Terbaik juga tidak kurang hebatnya.

Apatah lagi, yang berpotensi semuanya nama-nama besar dan pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM.

Mereka yang dimaksudkan ialah Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Maya Karin dan yang terbaru, Lisa Surihani.

Daripada empat nama ini, hanya Liyana sahaja yang pernah merasai nikmat kemenangan di ASK tahun lalu apabila dia memenanginya menerusi filem Kami The Movie.

Adakah lakonannya sebagai Mia Sara dalam Papadom akan mencatatkan sejarah buat Liyana apabila memenangi trofi ASK untuk tahun kedua berturut-turut?

Sharifah Amani yang langsung tidak dipandang oleh panel juri FFM23 mempunyai peluang cerah untuk diangkat sebagai pemenang berdasarkan lakonannya dalam filem Muallaf.

Apakah kontroversi akan mengulit diri Lisa sekali lagi seandainya dia dipilih sebagai pemenang seperti mana yang terjadi pada FFM23?

Kalau juri merasakan dia berhak untuk memenangi trofi ASK, itu bermakna dia telah memberikan lakonan yang cukup mantap dalam filem Lagenda Budak Setan.

Tidak akan adalah lagi kata-kata nakal yang mengatakan kemenangan Lisa hanya berlandaskan paras rupa semata-mata kerana Lisa sudah membuktikan dia memang layak untuk menerimanya.

Dua calon lagi iaitu Maya Karin dan Fazura juga mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi Pelakon Wanita Filem Terbaik.

Mungkin ramai yang akan bertanya siapakah sebenarnya watak utama dalam Pisau Cukur. Tetapi kata pengarahnya, Bernard Chauly, kedua-duanya adalah setara.

Jadi, apakah ASK2010 bakal menyaksikan dua pelakonnya dicalonkan dalam kategori yang sama? Semuanya tidak mustahil kalau difikirkan.

Malah, bukan satu kesalahan pun jika Maya dan Fazura disenaraikan. Tidak salah membuat perubahan kerana di Hollywood ia adalah norma dalam acara anugerah mereka.

Selebriti terkenal, Daphne Iking juga boleh mencipta kejutan dalam ASK2010. Bukanlah perkara yang mengejutkan seandainya dia dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Terbaik.

Masih ingat bagaimana Baizura Kahar memenangi kategori ini menerusi filem Sepi dua tahun lalu?

Siapa tahu, gelaran Pelakon Harapan Wanita yang dimenanginya pada FFM23 mampu membawa Daphne setapak langkah lagi dalam bidang lakonan.

Harus diakui, filem Belukar berjaya menonjolkan bakat Daphne sebagai seorang aktres dan dia memang berpotensi untuk pergi jauh dalam industri

POK NIK BAWA-BAWALAH BEREHAT - NANTI TAK SEMPAT.......................

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

PASIR MAS 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.

"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kepada 527 Pelajar 5A UPSR 2010 dan Kesyukuran Parlimen Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim II di sini hari ini.

Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima hadiah berupa wang tunai RM100, beg sekolah dan sijil penghargaan daripada beliau.

Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.

Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.

Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.

"Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya

KASIHAN ANWAR ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Impian Anwar tidak mengenali batas

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pendirian dan angan-angan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipersoalkan kerana ia bukan sahaja tidak mengenali batas malah melangkaui norma-norma kehidupan manusia biasa.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, agenda dan perjuangan ‘ala bintang filem’ ketua pembangkang itu hanyalah untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan rakyat tidak kira agama atau kaum.

“Agama dan kaumnya sendiri pun sanggup digadai dan dijaja demi usaha menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita terutamanya orang Melayu ini bodoh?

“Apakah kita sudah lupa akan pembohongan 16 September? kini, mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan edisi terbaru janji reformasi 100 hari sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi di dalam PKR telah pun meninggalkan parti itu.

“Sebelum bersorak mendabik dada dengan harapan untuk membohongi rakyat menerusi reformasi 100 hari saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu,” katanya dalam blognya di http://zahrainmp.blogspot.com/.

Beliau mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Zahrain berkata, hari ini genap 818 hari sejak 16 September 2008 berlalu, tetapi Anwar tanpa perasaan malu masih meneruskan pembohongan dan yang peliknya masih ada yang mempercayai pembohongan dilakukannya itu.

“Apakah rakyat kita begitu cetek pemikiran sehingga masih tidak dapat membezakan antara pendusta dan pemimpin? Saya yakin 100 hari adalah sama dengan 818 hari mengikut perkiraan pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, edisi terbaru janji Anwar dan sekutu cauvinisnya iaitu DAP untuk melaksanakan program 100 hari itu begitu sedap didengar oleh penyokong dan ahli mereka.

Menurutnya, walaupun bunyi dan isinya sama dengan janji dan manifesto Pilihan Raya Umum lalu yang masih belum ditunaikan, pembohongan itu tidak langsung dipersoalkan penyokong dan ahli pakatan tersebut.

“Pas semacam kaku dalam pakatan pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan kegusaran berhubung kelangsungan pakatan itu sebagai satu pakatan yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata, mungkin pemimpin Pas akur dan telah sedar akan pembohongan bertopengkan ‘reformasi’ dalam pakatan pembangkang, namun apakah nasib ribuan penyokong parti Islam itu yang kini terpinga-pinga di akar umbi.

“Apakah ahli dan penyokong pakatan pembangkang begitu taksub atau memang telah hilang kebolehan berfikir secara waras?.

“Mungkin pemimpin DAP amat berpuas hati dan memang telah lama mengharapkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam tetapi apa pula alasan pemimpin Pas dan pengikut tegar PKR,” katanya

KERAJAAN BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJI

Kenduri rakyat tunai janji di Batu Sapi

SANDAKAN 23 Dis. — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menunaikan janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini dengan mengadakan Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini.

"Kami datang pada hari ini bagi menyatakan kesyukuran dan membalas budi penduduk di Kampung Air dan Bokara sebagai rakyat di kawasan Parlimen Batu Sapi yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional ketika pilihan raya kecil itu," katanya.

Dalam pilihan raya kecil pada 4 November lepas, calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin menewaskan Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada majlis itu juga, sebanyak 38 Netbook 1Malaysia diagihkan kepada pemimpin masyarakat dan penduduk di Kampung Air dan Kampung Bokara selaras dengan pelaksanaan kampung Wifi di kawasan itu.

Seramai 160 penduduk dari dua kampung itu juga menerima sumbangan papan lapis dan 42 lagi penduduk menerima sumbangan pemasangan meter air di rumah masing-masing.

Rais berkata, seramai 1,800 penduduk kawasan pedalaman di Sabah akan menerima siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi satelit pada awal tahun depan.

Katanya, penerimaan siaran TV1, TV dan Muzik Aktif menerusi Astro itu membolehkan penduduk di segenap pedalaman Sabah dan Sarawak memperoleh siaran RTM tanpa gangguan.

Beliau berkata, apabila alat penerima siaran menggunakan satelit diedarkan kepada penduduk terbabit, mereka dijangka mula menerima siaran RTM menerusi satelit pada hujung Januari hingga Februari nanti.

Menurutnya, di Sarawak lebih 2,000 penduduk di kawasan pedalaman negeri itu dikenal pasti akan menerima siaran itu.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Sibu, melancarkan siaran RTM Melalui Satelit ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk yang menikmatinya secara percuma. - BERNAMA

SB - Setelah menang di Batu Sapi, Kerajaan BN buat kenduri untuk meraikan pengundi di sana.

Saya suka saranan ENCIK M.HANAFIAH A.SAMAD - MUAR JOHOR

Muzium 13 Mei beri iktibar kepada rakyat

BARU-BARU ini presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, ada mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Muzium 13 Mei supaya rakyat terutama generasi muda kita dapat mengetahui apa sebenarnya peristiwa hitam yang melanda negara.

Ada yang menganggap 13 Mei 1969 itu sebagai peristiwa berdarah. Ini adalah suatu peristiwa paling buruk melanda Malaysia sejak selepas merdeka. Malah ada yang mengatakannya lebih buruk daripada peristiwa darurat kerana ia berlaku secara terbuka.

Peristiwa 13 Mei telah menjejas ketenteraman dan keselamatan negara. Keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum hampir musnah akibat api perkauman yang dinyalakan dengan membakar perasaan dan sentimen rakyat agar bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain.

Semangat perkauman itu benar-benar menghancurkan kehidupan bernegara rakyat yang sebelumnya hidup menjunjung perlembagaan dan menghormati undang-undang. Sayang sekali perpaduan kaum yang menjadi asas kehidupan rakyat Malaysia dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebab itu adalah wajar Muzium 13 Mei ini ditubuhkan supaya rakyat Malaysia dapat memahami sejarah hitam itu dan mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah sejarah dan realiti yang mesti diterima. Tiada siapa perlu bersikap apologetik daripada peristiwa atau sejarah ini.

Kita perlu bersikap positif, objektif, waras dan melihat dengan fikiran terbuka. Sejarah 13 Mei sudah berlaku walaupun tiada siapa menghendakinya terjadi. Justeru kita perlu bersikap positif dengan cadangan PERKASA itu.

Sementelahan perpaduan nasional dilihat rapuh sekarang dan pertikaian mengenai kepentingan kaum dipolitikkan. Pastinya ini boleh mengundang ketegangan serta keresahan rakyat dan tidak mustahil peristiwa 13 Mei boleh berulang. Tetapi apakah ada jaminan untuk tidak berlaku?

Sebenarnya kita tidak hanya mempelajari sejarah 13 Mei. Tetapi apa yang lebih penting adalah kesan sosial dan ekonomi yang tercetus daripadanya seperti penyusunan semula masyarakat dilaksanakan dan Rukun Negara dilancarkan untuk mensejahterakan hidup rakyat.

Paling penting rakyat, khususnya generasi muda, melihat pemerintahan negara ini ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Kalau ditanya memang ramai yang tidak mengetahuinya. Ini adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia yang tidak diajar di sekolah.

Di penghujung peristiwa itu adalah bencana banjir yang hampir menenggelamkan Kuala Lumpur. Tidak pernah berlaku banjir sebesar ini. Tuhan menurunkan rahmatnya membasuh kesan-kesan darah peristiwa 13 Mei.

Jadi salahkah kita mengenang tragedi ini? Kita tidak perlu melabelkan sesiapa yang terlibat dengan peristiwa itu sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar, tetapi terserah kepada rakyat untuk menilainya. Yang jelas 13 Mei hampir memusnahkan negara.

Sebab itulah saya menyokong penuh segala usaha untuk menubuhkan Muzium 13 Mei. Paparkan segala fakta. Biar seluruh rakyat tahu betapa berbahayanya isu perkauman jika dimainkan. Jadilah rakyat Malaysia sejati, bukan rakyat Malaysia celup seperti yang dipesankan oleh Lim Guan Eng.

M. HANAFIAH A. SAMAD

Muar, Johor

Tuesday, May 11, 2010

SANGSI.....

Kita merasa hairan dan terpegun apabila tahun ini begitu ramai Ahli-Ahli PKR keluar parti dan sebahagiannya menyertai UMNO. Semalam 10 Mei, Kulim seramai 1,700 ahli PKR keluar parti. adakah mereka ini benar-benar insaf ,ikhlas dan jujur dengan niat mereka? atau Tuhan telah menunjukkan jalan kebenaran bagi mereka yang mana parti yang betul-betul ikhlas untuk berbakti dan menaikkan taraf AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Syukur kepada mereka yang telah melihat akan kebenaran yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN terhadap anak Bangsa, Agama dan Negara. Perkembangan ini memperlihatkan kewibawaan Perdana Menteri YAB Dato Seri Mohad Najib Tun Abdul Razak yang mana telah dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN.

Memanglah kalau dilihat sejak PKR+DAP+PAS memerintah di negeri-negeri dibawah naungannya tiada apapun perubahan untuk rakyat yang dilakukan. Yang pasti mereka hanya menunding jari mempersalahkan Kerajaan BN sahaja. Sedangkan pembangunan yang ada hanya "maintain" yang Kerajaan BN dahulu sahaja. tiada perubahan yang dibawa oleh PKR+DAP+PAS. Yang pasti hanya menghasut rakyat, memecahbelahkan rakyat yang telah diperkukuhkan oleh pimpinan yang terdahulu dan Tugas mereka hanya menghancurkannya.

Oleh itu, kita semua perlu berfikir samada hendakkan pembangunan ataupun kemunduran semula. TEPUK DADA TANYALAH SELERA.

Thursday, January 7, 2010

KELANTAN SALAHKAN UMNO ISU BAYARAN PAMPASAN RM800J

Kerajaan PAS KELANTAN mula mengakui terpaksa menerima hakikat bahwa mereka perlu bertanggungjawab terhadap isu bayaran pampasan pembalakan yang bernilai lebih RM800 juta, tetapi dalam masa yang sama masih menyalahkan UMNO.
------------------------------------------------
KOMENTAR SUARABANGSA:

SB rasa tak perlulah PAS nak menyalahkan orang lain. KALAU sudah ambil tu, kena bayar lah. Kalau PAS rasa tidak bersalah ... SIAPA PATUT DIPERSALAHKAN. SIAPA YANG MAKAN LADA DIA YANG RASA PEDAS.

Wednesday, January 6, 2010

PERKEMASKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 11 perlu diperkemaskan bagi menutup ruang-ruang teknikal agar kesucian Islam tidak lagi boleh di cabar pada masa depan.

Rujuk Kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Menteri Pertahanan dalam Utusan Malaysia 6 Januari 2010.

---------------------------------------------------
Komentar Suarabangsa:

Perkara yang baik perlu disokong. Tidak kira fahaman politik. Inilah masanya kita semua perlu berjihad ke jalan ALLAH UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH ORANG ISLAM sendiri.

JANGAN DISEBABKAN FAHAMAN POLIITIK BERBEZA - kita menunjukkan pendapat masing-masing ... kononnya kita bagus - yang rugi kita seagama rugi...

BANGUNLAH PEMIMPIN ISLAM ......BERSATULAH MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM.