BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 10, 2011

APA DAH JADI DENGAN PELAJAR KITA ... CERDIK TAPI TAK PANDAI MENGGUNAKAN AKAL....

Sikap pelajar ‘kepala batu’


Beberapa pelajar menunggang dan membonceng motosikal tanpa topi keledar berhampiran sekolah mereka di ibu kota, baru-baru ini. – utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


SESI persekolahan telah bermula kira-kira seminggu lalu. Pelbagai langkah dilakukan kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun di sebalik usaha yang bersungguh-sungguh itu, masih ada perkara penting yang seolah-olah ‘terlepas pandang’ atau tidak diberi perhatian sewajarnya.

Ia berkaitan dengan ‘sikap buruk’ pelajar yang bukan sahaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar tetapi juga membawanya dengan cara berbahaya ketika ke sekolah.

Lebih membimbangkan apabila tiada tanda-tanda langsung menunjukkan mereka sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya mengundang maut.

Wartawan unit khas Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH, MOHD. AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID yang melakukan tinjauan pada penghujung sesi persekolahan hampir dua bulan lalu mendapati situasi itu seakan menjadi perkara biasa di kawasan sekolah.

Malah, tinjauan pada sesi persekolahan yang baru dibuka baru-baru ini bersama jurugambar NOORADZRENE MOHD. NOOR juga mendapati perkara itu masih berterusan.

Paling mengecewakan apabila terdapat ibu bapa dan penjaga para pelajar sendiri yang turut bersikap demikian.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak mereka terdedah kepada bahaya, malah apa pula peranan pihak sekolah bagi membendung perkara ini?

Selain itu, di manakah pihak berkuasa? Atau mungkinkah pelajar-pelajar ini memang ‘keras kepala’ atau tidak ‘makan saman’?

Apa juga alasan, tidak memakai topi keledar merupakan satu kesalahan. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang sebaliknya turut membabitkan nyawa. Justeru, pihak berwajib harus memandang serius isu ini sebelum lebih ramai terkorban ketika ke sekolah. Jangan sampai laluan ke sekolah kelak menjadi ‘laluan kematian'.

Komentar Suarabangsa:

Pendidikan dari rumah , iaitu dari ibubapa sendiri. Sepatutnya ibubapa perlu menegur anak-anak tentang keselamatan di jalanraya. Jangan dibiarkan begitu aje.

Kalau dah berlaku kemalangan ... mulalah ibubapa menunding jari menyalahkan orang lain... mulalah nak saman sana... nak saman sini... BERINGAT SEBELUM KEMALANGAN BERLAKU... SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.....

SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA... KESELAMATAN DIRI SENDIRI PUN ORANG LAIN NAK JAGA....

0 comments: