BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 4, 2011

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu “Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran”. Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

Friday, July 1, 2011






Telah 21 tahun memerintah Kelantan...... baru hari ini menyatakan bahawa PILIHANRAYA tidak bersih.... Hanya sekadar mendengar cakap Ambiga..... Kenapa harus berarak di Kuala Lumpur .... Tidak di Negeri Kelantan. Adakah memamng puak-puak ini suka memperondak perandakan suasana, kacau bilau, huru-hara ... untuk cari populariti atau ini kah KEBAJIKAN seumpama ini yang perlu diperkenalkan.... Fikir-Fikirlah wahai Rakyat sekelian..... terutamanya umat Islam Melayu...

Thursday, April 7, 2011

SEBUT sahaja Felda Lyndon B. Johnson atau LBJ, pasti ramai yang masih ingat kisah 504 orang bekas penerokanya yang menjadi ‘jutawan segera’ pada 1996.

Tanpa disangka-sangka, para peneroka di tanah rancangan Felda yang pernah dilawati Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson pada 1966 itu, menerima antara RM1.2 juta dan RM2 juta.

Ini berikutan pembelian tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kebajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Seluruh negara menyaksikan di kaca televisyen atau dada akhbar, gambar mereka menerima cek hasil penjualan tersebut pada 18 Oktober 1999.

Daripada 504 peneroka, 164 orang India, 78 orang Cina dan selebihnya Melayu.

Ekoran itu, serta-merta perkampungan LBJ bertukar wajah. Di bawah pokok-pokok kelapa sawit berdekatan kampung mereka dipenuh dereta kereta mewah yang dibawa oleh penjual dari Kuala Lumpur, Seremban atau negeri lain.

Selang beberapa bulan, rumah-rumah kayu kediaman telah hilang daripada pemandangan. Rumah-rumah banglo mewah dibina tersergam seperti cendawan tumbuh selepas hujan, menjadikan Kampung LBJ tidak ubah seperti penempatan elit seperti di Damansara Height, Kuala Lumpur.



Monday, January 10, 2011

APA DAH JADI DENGAN PELAJAR KITA ... CERDIK TAPI TAK PANDAI MENGGUNAKAN AKAL....

Sikap pelajar ‘kepala batu’


Beberapa pelajar menunggang dan membonceng motosikal tanpa topi keledar berhampiran sekolah mereka di ibu kota, baru-baru ini. – utusan/Nooradzrene Mohd. Noor


SESI persekolahan telah bermula kira-kira seminggu lalu. Pelbagai langkah dilakukan kerajaan ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara. Namun di sebalik usaha yang bersungguh-sungguh itu, masih ada perkara penting yang seolah-olah ‘terlepas pandang’ atau tidak diberi perhatian sewajarnya.

Ia berkaitan dengan ‘sikap buruk’ pelajar yang bukan sahaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar tetapi juga membawanya dengan cara berbahaya ketika ke sekolah.

Lebih membimbangkan apabila tiada tanda-tanda langsung menunjukkan mereka sedar bahawa perbuatan itu sebenarnya mengundang maut.

Wartawan unit khas Utusan Malaysia, UMAVATHI RAMAYAH, MOHD. AMIRUL AFIQ MASTOR, AZRAI MOHAMMAD dan ROSALINDA MD. SAID yang melakukan tinjauan pada penghujung sesi persekolahan hampir dua bulan lalu mendapati situasi itu seakan menjadi perkara biasa di kawasan sekolah.

Malah, tinjauan pada sesi persekolahan yang baru dibuka baru-baru ini bersama jurugambar NOORADZRENE MOHD. NOOR juga mendapati perkara itu masih berterusan.

Paling mengecewakan apabila terdapat ibu bapa dan penjaga para pelajar sendiri yang turut bersikap demikian.

Kita mungkin tertanya-tanya mengapa ibu bapa sanggup membiarkan anak-anak mereka terdedah kepada bahaya, malah apa pula peranan pihak sekolah bagi membendung perkara ini?

Selain itu, di manakah pihak berkuasa? Atau mungkinkah pelajar-pelajar ini memang ‘keras kepala’ atau tidak ‘makan saman’?

Apa juga alasan, tidak memakai topi keledar merupakan satu kesalahan. Ia bukan sahaja melanggar undang-undang sebaliknya turut membabitkan nyawa. Justeru, pihak berwajib harus memandang serius isu ini sebelum lebih ramai terkorban ketika ke sekolah. Jangan sampai laluan ke sekolah kelak menjadi ‘laluan kematian'.

Komentar Suarabangsa:

Pendidikan dari rumah , iaitu dari ibubapa sendiri. Sepatutnya ibubapa perlu menegur anak-anak tentang keselamatan di jalanraya. Jangan dibiarkan begitu aje.

Kalau dah berlaku kemalangan ... mulalah ibubapa menunding jari menyalahkan orang lain... mulalah nak saman sana... nak saman sini... BERINGAT SEBELUM KEMALANGAN BERLAKU... SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.....

SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGIKUT UNDANG-UNDANG YANG ADA... KESELAMATAN DIRI SENDIRI PUN ORANG LAIN NAK JAGA....

Wednesday, January 5, 2011

TAHNIAH........... JANGAN LEMAH SEMANGAT ... ITU SEMUA AGENDA UNTUK MENGHAPUSKAN MELAYU YANG BIJAKSANA.

Khusrin lawat pejabat daerah minggu depan

SHAH ALAM 4 Jan. - Walaupun pelantikannya belum 'direstui' Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Beliau yang baru dua hari memegang jawatan itu berkata, selain menyemak dokumen, beliau juga melawat ke Pejabat Daerah Petaling yang baru di Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

"Seperti biasa saya masuk ke pejabat awal pagi dan membuat tugasan saya, kemudian pergi melawat Pejabat Daerah Petaling, petang saya berada di pejabat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau akan memulakan lawatan rasmi ke daerah-daerah di negeri ini pada minggu depan.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bagaimanapun belum memutuskan daerah pertama yang akan dilawatinya.

"Saya akan memulakan lawatan rasmi untuk menemui pegawai-pegawai dan kakitangan di daerah tetapi belum tahu daerah mana yang akan saya pergi dulu," kata beliau.

Pelantikan Mohammed Khusrin menimbulkan kontroversi kerana tidak dipersetujui oleh Kerajaan PKR Selangor.

Mohammed Khusrin pada sidang akhbar semalam memberitahu, beliau tetap akan menjalankan tugas seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai pihak tertentu.

Malah, beliau juga akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini yang dijadualkan Khamis ini.

Beliau juga menganggap pertikaian yang dicetuskan oleh pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor.

Bagaimanapun, tegasnya, situasi itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.


SUARA BANGSA -

BIARLAH KITA SEMUA BERFIKIRAN WARAS DAN TERBUKA .... DAH SAH DAH KHUSRIN TU LAYAK, MAMPU ..... BERKEBOLEHAN DAN DIIKTIRAF OLEH JPA.... APA YANG MENJADI MASALAH DI SELANGOR NI.... SUDAH-SUDAHLAH TU.... JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT... YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....

Friday, December 24, 2010

KAWAN SAYA KATA ..........

GERAKAN PENGHAPUSAN PENGARUH INDIA DALAM PKR


TERANCAM DAN MERBAHAYA?........


Dalam diam Anwar menyusun strategi menghapus pengaruh kaum India yang dilihat semain mengancam kestabilan PKR. Dalam beberapa siri protes pemilihan babaru - baru ini, anwar melihat Kaum India banyak menimbulkan masalah, bukan mereka sekadar tidak berpuas hati dengan parti PKR malah mereka sanggup menggunakan media terutama TV3 untuk meluahkan kepincangan yang berlaku, sedangkan masalah itu bersifat dalaman yang boleh diselesaikan oleh parti.


Anwar melihat Kaum India memberi ancaman besar kepada PKR, Gangster yang dididik oleh Anwar untuk Reformasi telah memakan diri Anwar. Nampaknya Gangster ini cuba digunakan didalam PKR untuk mengugut dan membuat kacau terhadap pemimpin PKR.


Kaum India dalam PKR memang amat tidak berpuas hati dengan Anwar kerana Penasihat Parti itu berat sebelah dan mengutamakan pemimpin Melayu untuk menerajui parti. Tiada seorang pun pemimpin PKR dari kalangan India yang ditunjuk oleh Anwar untuk diletakkan sebagai pemimpin utama PKR.


Anwar sedar Kaum India dalam PKR telah menyusun gerakan untuk meletakkan beberapa orang pemimpin India dalam semua peringkat termasuk beberapa jawatan utama untuk mengimbangi kepimpinan Melayu dan Cina.


Mereka juga telah menyediakan senarai calon - calon untuk mewakili kaum India dalam Pilihanraya Umum akan datang. Mereka akan mengugut Anwar supaya menerima senarai cadangan ini sekiranya Anwar mahukan sokonngan Kaum India.


Mereka juga menggunakan Isu peribadi yang dibekalkan oleh Karpal Singh untuk menggugut Anwar. Kaum India mendakwa bahawa Karpal Singh lah yang banyak menyimpan rahsia sulit dan cerita -cerita disebalik kes liwat.


Dalam diam juga Karpal Singh sedikit sebanyak telah mengunakan rahsia Anwar ini supaya mendokong perjuangan DAP, Sebab itu kita melihat Anwar hilang punca dalam keadaan begini, terpaksa menerima segala cadangan usul dan kenyataan yang dibuat oleh DAP walaupun isu itu boleh menyentuh sensitivit perkauman.


Hasil dari tindakan Kaum India yang terlalu provokasi dan bersikap liar serta ganas dalam parti, Anwar bersama kepimpinan Tinggi PKR secara sulit telah mengatur perancangan untuk mengecilkan saidan peranan Kaum India Dalam PKR. beberapa langkah berjaga - jaga telah dibuat termasuk menyemak semula keahlian PKR dan jawatan - jawatan tertentu dalam parti secara halus.


Anwar juga bimbang sekiranya kaum India mendominasikan PKR, Anwar tidak mahu parti ini dicemar dengan gelagat kotor yang memalukan PKR. Anwar juga sedar bahawa parti berbilang bangsa ini menimbulkan masalah. Susah untuk dipimpin dan sukar untuk menyedarkan ahli parti supaya bersifat berhemah dalam berpolitik.


Apa pun pengaruh dan kuasa Kaum India perlu dihadkan tanpa diketahui oleh mereka. Sebelum PKR menjadi parah dan menjadi barah oleh Kaum India ini, tindakan awal perlu diambil untuk memulihkan semula wajah parti yang telah tercemar oleh perbuatan kaum ini.

BAGUS BETUL PAK MENTERI MENJAGA KEBAJIKAN AHLI-AHLI SUKAN MALAYSIA.

Alex dapat imbuhan RM128,000


Ahmad Shabery Cheek menyampaikan cek RM100,000 kepada Nicol David pada majlis Kesyukuran dan Penyampaian Shakam di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Pemain boling senior negara, Alex Liew menjadi penerima terbesar Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) ekoran kejayaannya memenangi tiga pingat pada Sukan Asia Guangzhou, bulan lalu.

Alex, 34, menerima imbuhan RM128,000, bagi dua pingat emas yang disumbangkan dalam acara all event lelaki dan lima sepasukan, serta perak bagi acara beregu lelaki, yang dimenanginya bersama Andrian Ang.

Selain Alex, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David tersenarai sebagai penerima tertinggi skim terbabit dengan jumlah RM100,000, hasil kejayaan mengutip dua emas, masing-masing dalam acara perseorangan dan berpasukan wanita.

Seorang lagi pemain skuasy, Mohamad Azlan Iskandar juga berada di senarai penerima tertinggi Shakam, dengan jumlah RM90,000, bagi satu emas dan perak.

Skuad skuasy menjadi penerima terbesar skim itu dengan jumlah RM320,000, apabila kesemua lapan atlet yang beraksi di Guangzhou, tidak menghampakan negara dengan kutipan pingat.

Pasukan hoki lelaki yang membuat kejutan melangkah ke final pula mendahului senarai penerima terbesar bagi atlet berpasukan, apabila 16 pemain mereka berkongsi RM128,000.

Atlet emas lain yang menerima RM80,000 adalah jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang, atlet karate, Ku Jin Keat dan R.Puvaneswaran serta atlet wushu, Chai Fong Ying.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyempurnakan penyerahan kepada hampir kesemua pemenang pingat Sukan Asia menyifatkan, tahun 2010 adalah tahun paling cemerlang sukan Malaysia.

"Setelah cemerlang pada Sukan Olimpik Remaja, Sukan Komanwel, tahun ini kita juga meraih kejayaan besar dalam Sukan Asia serta Sukan Para Asia, yang berakhir baru-baru ini.

"Saya sifatkan 2010 tahun paling cemerlang sukan negara dan berharap ia berterusan untuk tahun-tahun akan datang serta Sukan Olimpik 2012 nanti," katanya.

Sebanyak sebanyak 78 atlet (11 emas, 55 perak, 21 gangsa) menerima bayaran Shakam dengan jumlah keseluruhan RM1.8 juta.

Tambah Shabery, atlet cemerlang dalam kejohanan antarabangsa, tetap akan menerima ganjaran yang sepatutnya.

"Tidak ada kompromi bagi mereka yang cemerlang dalam mana-mana kejohanan untuk menerima ganjaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN)," ujarnya.

Mengulas tentang tahun 2011 yang tidak mempunyai banyak kejohanan besar, Shabery menyifatkan ia bukan alasan atlet negara tidak beraksi baik, memandangkan setiap tahun banyak kejohanan dunia yang lain.

"Kita mempunyai kejohanan bertaraf dunia dan kita mahu mereka pamer kehebatan juga, lagipun Sukan SEA akan diadakan November depan.

"Kecemerlangan tahun ini hasil dari program cabaran 2010 yang dimulakan 2006 lagi dan tahun ini, kita mulakan cabaran 2014 pula," jelasnya