BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 5, 2011

TAHNIAH........... JANGAN LEMAH SEMANGAT ... ITU SEMUA AGENDA UNTUK MENGHAPUSKAN MELAYU YANG BIJAKSANA.

Khusrin lawat pejabat daerah minggu depan

SHAH ALAM 4 Jan. - Walaupun pelantikannya belum 'direstui' Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi tetap melaksanakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.

Beliau yang baru dua hari memegang jawatan itu berkata, selain menyemak dokumen, beliau juga melawat ke Pejabat Daerah Petaling yang baru di Subang Jaya dekat sini pada pukul 11 pagi ini.

"Seperti biasa saya masuk ke pejabat awal pagi dan membuat tugasan saya, kemudian pergi melawat Pejabat Daerah Petaling, petang saya berada di pejabat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau akan memulakan lawatan rasmi ke daerah-daerah di negeri ini pada minggu depan.

Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bagaimanapun belum memutuskan daerah pertama yang akan dilawatinya.

"Saya akan memulakan lawatan rasmi untuk menemui pegawai-pegawai dan kakitangan di daerah tetapi belum tahu daerah mana yang akan saya pergi dulu," kata beliau.

Pelantikan Mohammed Khusrin menimbulkan kontroversi kerana tidak dipersetujui oleh Kerajaan PKR Selangor.

Mohammed Khusrin pada sidang akhbar semalam memberitahu, beliau tetap akan menjalankan tugas seperti biasa walaupun pelantikannya tidak disukai pihak tertentu.

Malah, beliau juga akan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini yang dijadualkan Khamis ini.

Beliau juga menganggap pertikaian yang dicetuskan oleh pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor.

Bagaimanapun, tegasnya, situasi itu tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.


SUARA BANGSA -

BIARLAH KITA SEMUA BERFIKIRAN WARAS DAN TERBUKA .... DAH SAH DAH KHUSRIN TU LAYAK, MAMPU ..... BERKEBOLEHAN DAN DIIKTIRAF OLEH JPA.... APA YANG MENJADI MASALAH DI SELANGOR NI.... SUDAH-SUDAHLAH TU.... JANGAN NANTI YANG DIKEJAR TAK DAPAT... YANG DIKENDUNG BERCICIRAN.....

0 comments: