BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 24, 2010

KASIHAN ANWAR ANGAN-ANGAN MAT JENIN

Impian Anwar tidak mengenali batas

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pendirian dan angan-angan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipersoalkan kerana ia bukan sahaja tidak mengenali batas malah melangkaui norma-norma kehidupan manusia biasa.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, agenda dan perjuangan ‘ala bintang filem’ ketua pembangkang itu hanyalah untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan rakyat tidak kira agama atau kaum.

“Agama dan kaumnya sendiri pun sanggup digadai dan dijaja demi usaha menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita terutamanya orang Melayu ini bodoh?

“Apakah kita sudah lupa akan pembohongan 16 September? kini, mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan edisi terbaru janji reformasi 100 hari sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi di dalam PKR telah pun meninggalkan parti itu.

“Sebelum bersorak mendabik dada dengan harapan untuk membohongi rakyat menerusi reformasi 100 hari saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu,” katanya dalam blognya di http://zahrainmp.blogspot.com/.

Beliau mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Zahrain berkata, hari ini genap 818 hari sejak 16 September 2008 berlalu, tetapi Anwar tanpa perasaan malu masih meneruskan pembohongan dan yang peliknya masih ada yang mempercayai pembohongan dilakukannya itu.

“Apakah rakyat kita begitu cetek pemikiran sehingga masih tidak dapat membezakan antara pendusta dan pemimpin? Saya yakin 100 hari adalah sama dengan 818 hari mengikut perkiraan pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, edisi terbaru janji Anwar dan sekutu cauvinisnya iaitu DAP untuk melaksanakan program 100 hari itu begitu sedap didengar oleh penyokong dan ahli mereka.

Menurutnya, walaupun bunyi dan isinya sama dengan janji dan manifesto Pilihan Raya Umum lalu yang masih belum ditunaikan, pembohongan itu tidak langsung dipersoalkan penyokong dan ahli pakatan tersebut.

“Pas semacam kaku dalam pakatan pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan kegusaran berhubung kelangsungan pakatan itu sebagai satu pakatan yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata, mungkin pemimpin Pas akur dan telah sedar akan pembohongan bertopengkan ‘reformasi’ dalam pakatan pembangkang, namun apakah nasib ribuan penyokong parti Islam itu yang kini terpinga-pinga di akar umbi.

“Apakah ahli dan penyokong pakatan pembangkang begitu taksub atau memang telah hilang kebolehan berfikir secara waras?.

“Mungkin pemimpin DAP amat berpuas hati dan memang telah lama mengharapkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam tetapi apa pula alasan pemimpin Pas dan pengikut tegar PKR,” katanya

0 comments: