BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 24, 2010

KERAJAAN BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MUNGKIR JANJI

Kenduri rakyat tunai janji di Batu Sapi

SANDAKAN 23 Dis. — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menunaikan janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi baru-baru ini dengan mengadakan Majlis Kenduri Rakyat di Kampung Air dekat sini.

"Kami datang pada hari ini bagi menyatakan kesyukuran dan membalas budi penduduk di Kampung Air dan Bokara sebagai rakyat di kawasan Parlimen Batu Sapi yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional ketika pilihan raya kecil itu," katanya.

Dalam pilihan raya kecil pada 4 November lepas, calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin menewaskan Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada majlis itu juga, sebanyak 38 Netbook 1Malaysia diagihkan kepada pemimpin masyarakat dan penduduk di Kampung Air dan Kampung Bokara selaras dengan pelaksanaan kampung Wifi di kawasan itu.

Seramai 160 penduduk dari dua kampung itu juga menerima sumbangan papan lapis dan 42 lagi penduduk menerima sumbangan pemasangan meter air di rumah masing-masing.

Rais berkata, seramai 1,800 penduduk kawasan pedalaman di Sabah akan menerima siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi satelit pada awal tahun depan.

Katanya, penerimaan siaran TV1, TV dan Muzik Aktif menerusi Astro itu membolehkan penduduk di segenap pedalaman Sabah dan Sarawak memperoleh siaran RTM tanpa gangguan.

Beliau berkata, apabila alat penerima siaran menggunakan satelit diedarkan kepada penduduk terbabit, mereka dijangka mula menerima siaran RTM menerusi satelit pada hujung Januari hingga Februari nanti.

Menurutnya, di Sarawak lebih 2,000 penduduk di kawasan pedalaman negeri itu dikenal pasti akan menerima siaran itu.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Sibu, melancarkan siaran RTM Melalui Satelit ke pedalaman Sarawak dan Sabah yang memberi faedah kepada lebih 200,000 penduduk yang menikmatinya secara percuma. - BERNAMA

SB - Setelah menang di Batu Sapi, Kerajaan BN buat kenduri untuk meraikan pengundi di sana.

0 comments: